1.1 Latarbelakang Penyediaan Laporan
Pemeriksaan
Laporan Pemeriksaan yang disediakan selaras dengan
peruntukan-peruntukan Akta Perancangan
Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172). Di dalam proses
Penyediaan RSN ini, beberapa Laporan perlu
dihasilkan iaitu Laporan Awal, Laporan Teknikal,
Laporan Pemeriksaan dan Laporan Draf Rancangan
Struktur.
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 yang turut
dikenali sebagai Akta 172 merupakan suatu
rangka perundangan yang menyeluruh dan seragam bagi
perancangan bandar dan desa di
Semenanjung Malaysia. Akta ini telah dibentangkan dan
diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1976.
Akta ini adalah undang-undang Persekutuan yang
diterimapakai oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri di
Semenanjung Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan.
Kerajaan Negeri Sembilan telah menerima pakai
Bahagian 1, 2 dan 3 bagi seluruh Negeri Sembilan pada
1 Julai 1981 dan Bahagian 4-9 pada tahun
1992. Akta A1129 atau Akta Perancangan Bandar dan Desa
(Pindaan) 2001 juga telah dibentangkan
dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2001 di mana
penyediaan Rancangan Struktur Negeri yang
menggantikan Rancangan Struktur sedia ada seperti mana
pindaan dibuat dalam Seksyen 8 Akta 172
dalam seksyen 13(c).
Selaras dengan peruntukan Seksyen 5 akta tersebut,
Pihak Majlis Daerah secara langsung menjadi
Pihakberkuasa Perancang Tempatan untuk kawasannya.
Manakala kawasan luar daripada Majlis
Daerah, JPBD bertindak sebagai Pihakberkuasa Perancang
Tempatan bagi kawasan-kawasan
tersebut, Pihak-Pihak Berkuasa Perancang Tempatan ini
bertanggungjawab di bawah Sub Seksyen 6(1)
(a) ‘........................untuk mengatur, mengawal
dan merancang pemajuan dan penggunaan semua
tanah dan bangunan di dalam kawasannya’. Untuk
memenuhi tanggungjawab di bawah Sub Seksyen
6(1), Seksyen 7(1) mengkehendaki
Pihakberkuasa-Pihakberkuasa Perancang Tempatan supaya
menjalankan pemeriksaan ke atas perkara-perkara yang
dijangka mungkin menyentuh pemajuan
atau perancangan pemajuan di dalam kawasan-kawasannya
dan seterusnya menghasilkan Laporan
Pemeriksaan bagi kawasan masing-masing di bawah
Seksyen 8.
Seksyen 8, selanjutnya mengkehendaki Pihakberkuasa
Perancang Tempatan tersebut menyediakan
Rancangan Struktur bagi kawasannya. Laporan
Pemeriksaan yang mengandungi hasil-hasil penemuan
dan pemeriksaan yang telah dijalankan, masalah-masalah
yang telah dikenalpasti dan cadangancadangan
am bagi mengatasinya akan menjadi asas kepada
penyediaan Rancangan Struktur
Negeri, Negeri Sembilan.
1.1.1
Tujuan Penyediaan Laporan Pemeriksaan
Laporan ini disediakan untuk dipamerkan bagi
pemeriksaan awam. Laporan ini menyatakan
penemuan yang telah didapati hasil dari penganalisisan
maklumat yang telah dikumpulkan. Ia juga
akan menerangkan perubahan yang dijangkakan hasil
daripada unjuran yang dibuat. Tujuan laporan
dibuat antaranya bagi :
i. Merumuskan
penemuan-penemuan kajian mengikut sektor; dan
ii. Mengemukakan
cadangan am dan strategi pembangunan dan mengenalpasti hala tuju pembangunan
pada masa hadapan bagi mengatasi isu-isu dan masalah yang dihadapi.
iii. Membolehkan
pihak awam memeriksa laporan berkenaan, seterusnya mengemukakan pandangan
berkaitan penemuan, unjuran dan strategi pembangunan yang telah dicadangkan
semasa seranta.
1.2 Asas Perundangan Dan Sistem
Rancangan Pemajuan
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Bahagian III serta Seksyen 4, 5 dan 6 Akta 172
merupakan asas perundangan dalam penyediaan RSN.
Pengarah Negeri bertanggungjawab untuk
menyediakan RSN berdasarkan perancangan komprehensif
yang menggariskan dasar-dasar dan
strategi pembangunan spatial untuk dijadikan panduan
mengenai arah dan corak pembangunan
negeri. Peringkat Sistem Rancangan Pemajuan adalah ditunjukkan dalam Rajah
1.1
0 comments:
Post a Comment