Rancangan
Struktur Negeri Melaka ini disediakan mengikut ketetapan perundangan yang
terkandung di
dalam
dokumen-dokumen berikut iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Bahagian
III,
Seksyen-seksyen II (I) dan Akta 933 (Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan)
1995.
Laporan
ini disediakan sebagaimana diperlukan di bawah Akta 172 selepas 2 bulan
penyediaan laporan
teknikal.
Ia meliputi :
a. Penganalisaan data-data, strategi dan dasar-dasar
semasa perancangan pembangunan negeri;
b. Membuat perbandingan di antara dokumen-dokumen
Rancangan Struktur dan keadaan/pelaksanaan program pembangunan semasa;
c. Mengenal pasti projek dan halangan berasaskan
strategi-strategi, dasar-dasar dan cadangancadangan di dalam Rancangan
Struktrur Majlis; dan
d. Mengemukakan/mengemaskini data-data,
pelan-pelan dan membuat unjuran-unjuran sehingga tahun 2020 dan cadangan am
berasaskan kepada keperluan perubahan yang dikenalpasti.
1.2
PROSES PENYEDIAAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI MELAKA
Sebelum
Rancangan Struktur Negeri Melaka dapat dihasilkan, PBPT perlu memulakan sesuatu
pemeriksaan
ke atas kawasannya yang merangkumi aspek-aspek seperti ciri-ciri fizikal,
ekonomi, alam
sekitar,
sosial, perkhidmatan sistem perhubungan, pengangkutan dan lalulintas serta
kesan perubahan
masa
depan dan apa-apa perkara yang sesuai seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Perancang
Negeri
(JPN)
Laporan
Pemeriksaan ini perlu diserantakan bagi memberi peluang kepada orang ramai
untuk
mengutarakan
pandangan dan cadangan terhadap perancangan dan pembangunan di kawasan yang
terlibat
melalui notis akhbar, pameran, mesyuarat perwakilan awam dan
perbincangan-perbincangan
dengan
pihak terlibat. Pandangan dan cadangan orang ramai akan diambilkira dalam
perancangan
strategi
pembangunan dan penyelesaian isu-isu perancangan yang dikenalpasti.
Proses
ini menjamin penglibatan orang ramai dalam merancang supaya maklumbalas dapat
dipertingkatkan dan
percanggahan merancang program dan projek-projek akan datang dapat dielakkan.
0 comments:
Post a Comment