Dasar-dasar Pembangunan Ekonomi Rancangan Struktur Negeri Melaka 2000-2020


DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI

DASAR UMUM
DU 1
MENJANAKAN KDNK PER KAPITA MELAKA MELEBIHI RM 28, 100 PADA TAHUN 2010 BERBANDING PURATA NASIONAL IAITU RM 25,096 PADA TAHUN YANG SAMA MENGIKUT HARGA SEMASA MELAKA HARUS JUGA MENSASARKAN KDNK MELEBIHI PURATA NEGARA PADA TAHUN 2020.
Sasaran KDNK per kapita untuk Negeri Melaka pada tahun 2010 ialah untuk mencapai status negeri maju. Sasaran ini adalah melebihi daripada purata nasional berdasarkan anggaran dalam OPP3. Untuk mencapai sasaran di atas adalah perlu untuk dipertingkatkan produktiviti pekerja dalam semua sektor serta menekankan kualiti tenaga buruh supaya boleh bersaing di peringkat wilayah, nasional dan global.

DASAR SUBJEK
DS 1-1
MENGGALAKKAN PELABURAN DALAM AKTIVITI EKONOMI BERORIENTASIKAN TENAGA KERJA MAHIR, INTENSIF MODAL DAN TEKNOLOGI TINGGI BAGI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI

DASAR SUBJEK
DS 1-2
MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN KEMAHIRAN TENAGA KERJA BAGI MENYOKONG PERUBAHAN DALAM STRUKTUR EKONOMI MELALUI PROGRAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DASAR UMUM


DU 2
MENYUSUN SEMULA STRUKTUR DAN AGIHAN KDNK NEGERI UNTUK MENCAPAI NISBAH 60% PERKHIDMATAN : 35% PEMBUATAN : 5% PERTANIAN MENJELANG TAHUN 2010 DAN MENERUSKANNYA SEHINGGA TAHUN 2020
Struktur ini mencerminkan struktur ekonomi negara maju (developed nations) beralih daripada sektor primari kepada sektor sekunder dan tertiari yang melibatkan peralihan fokus daripada sumber tanah kepada sumber tenaga manusia. Nisbah ini akan diteruskan sehingga tahun 2020.

DASAR SUBJEK
DS 2-1
MERANCANG PENGGUNAAN SUMBER TANAH DAN SUMBER MANUSIA MENGIKUT SASARAN STRUKTUR EKONOMI NEGERI MAJU


DASAR UMUM
DU 3
MEMPERKUKUHKAN SEKTOR INDUSTRI DAN SEKTOR PELANCONGAN SEBAGAI PENGGERAK UTAMA EKONOMI NEGERI MELAKA SEHINGGA TAHUN 2010
Sektor industri terutamanya pembuatan akan menjadi teras pembangunan ekonomi Negeri Melaka bersama sektor pelancongan. Oleh itu, sumbangan sektor industri dalam KDNK hendaklah dikekalkan di atas paras 25%. Infrastruktur pelancongan pula perlu dibangunkan secara bersepadu untuk menyokong pembangunan produk-produk pelancongan yang berdaya saing.

DASAR SUBJEK
DS 3-1
MENEMPATKAN INDUSTRI-INDUSTRI MENGIKUT KLUSTER BAGI MEMUDAHKAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI SETIAP KLUSTER

DASAR SUBJEK
DS 3-2
MENUMPUKAN PEMBANGUNAN ESTET PERINDUSTRIAN DI SELATAN KAWASAN TADAHAN AIR SERTA BERPUSAT DI SEKITAR ZON-ZON INDUSTRI SEDIA ADA DAN KOMITED SELARAS DENGAN KLUSTER INDUSTRI YANG TELAH DIKENALPASTI.

DASAR SUBJEK
DS 3-3
MEWUJUDKAN SISTEM MAKLUMAT PERINDUSTRIAN BAGI MENINGKATKAN PERKONGSIAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN.

DASAR SUBJEK
DS 3-4
MENGGALAKKAN PERALIHAN STRUKTUR INDUSTRI DARIPADA INDUSTRI YANG MEMPUNYAI NILAI TAMBAH RENDAH KEPADA INDUSTRI YANG BERNILAI TAMBAH TINGGI UMPAMANYA INDUSTRI AUTOMASI

DASAR SUBJEK
DS 3-5
MENINGKATKAN PERTUMBUHAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) YANG MODEN BAGI MEMBUKA PELUANG USAHAWAN TEMPATAN UNTUK MENCEBUR DIRI DALAM PERINDUSTRIAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BERSESUAIAN (APPROPRIATE TECHNOLOGY) PADA TAHUN 2010.

DASAR SUBJEK
DS 3-6
MENYEDIAKAN PELAN TINDAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH TAPAK PERINDUSTRIAN DAN LOT –LOT IKS YANG KOSONG DAN TERBENGKALAI SERTA KAWASAN PERINDUSTRIAN KOMITED YANG BELUM DIJUAL SELUAS 1,507.46 HEKTAR PADA TAHUN 2000

DASAR SUBJEK
DS 3-7
MEMPERKUKUHKAN PRODUK PELANCONGAN WARISAN SEBAGAI PRODUK ASAS DAN ‘UNIQUE SELLING PROPOSITION’ (USP) BAGI KETIGA-TIGA DAERAH DI NEGERI MELAKA

DASAR SUBJEK
DS 3-8
MENGHADKAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI PUSAT BANDARAYA KEPADA PEMELIHARAAN MONUMEN DAN TAPAK BERSEJARAH, PENUBUHAN PUSAT INTEPRETIF DAN ADAPTIVE REUSE YANG BERSESUAIAN DENGAN KARAKTER SETEMPAT

DASAR SUBJEK
DS 3-9
MEWARTAKAN PERKAMPUNGAN TRADISIONAL DI KETIGA-TIGA DAERAH SEBAGAI KAMPUNG WARISAN DI BAWAH PROGRAM PEMELIHARAAN KAMPUNG TRADISIONAL SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN YANG DIKELOLAKAN OLEH PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM)

DASAR SUBJEK
DS 3-10
MEMPELBAGAIKAN PRODUK PELANCONGAN SEDIA ADA DENGAN MEMBANGUNKAN PELANCONGAN KESIHATAN, PELANCONGAN PENDIDIKAN DAN “MICE” DI BANDARAYA MELAKA, TAMAN-TAMAN TEMA DAN PUSAT MEMBELI BELAH DI SEPANJANG KORIDOR PELANCONGAN SERTA PELANCONGAN EKO, PELANCONGAN AGRO DAN PELANCONGAN DESA DI DAERAH ALOR GAJAH DAN DAERAH JASIN

DASAR SUBJEK
DS 3-11
MENGARAHKAN PEMBANGUNAN TAMAN-TAMAN TEMA, REKREASI BERORIENTASIKAN KELUARGA DAN TARIKAN PELANCONGAN BUATAN MANUSIA KE KORIDOR PELANCONGAN DI ANTARA AYER KEROH- MELAKA DAN A’FAMOSA – SIMPANG EMPAT

DASAR SUBJEK
DS 3-12
MEWUJUDKAN CAMPURAN PRODUK BERBENTUK ‘SEVERAL MARKETS/MULTI PRODUCTS FOR EACH’ UNTUK MENGGANTIKAN PENDEKATAN ‘SEVERAL MARKETS/SINGLE PRODUCT FOR ALL’

DASAR SUBJEK
DS 3-13
MEMPROMOSIKAN NEGERI MELAKA SEBAGAI NEGERI PELANCONGAN YANG MENAWARKAN PRODUK-PRODUK PELANCONGAN BERORIENTASIKAN KELUARGA (FAMILY-ORIENTED HOLIDAY) DAN MENGUTAMAKAN NILAI ‘VALUE FOR MONEY’.

DASAR SUBJEK
DS 3-14
MENGARAHKAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN PENGINAPAN PELANCONG KE KORIDOR PELANCONGAN AYER KEROH DAN KAWASAN PESISIRAN PANTAI DI ANTARA TG. KLING KE PANTAI KLEBANG, TG BIDARA – PENGKALAN BALAK – KUALA LINGGI DAN KEMUDAHAN HOMESTAY DI DAERAH JASIN DAN ALOR  GAJAH

DASAR SUBJEK
DS 3-15
MENGGALAKKAN DAN MEMBERIKAN INSENTIF KEPADA PEMILIK LADANG DAN ESTET PERTANIAN DI DAERAH JASIN UNTUK MEMBANGUNKAN PRODUK PELANCONGAN KESIHATAN SEPERTI ‘SPA’, ‘RETREAT HOMES’ DAN PENGINAPAN UNTUK PROGRAM ‘SILVER HAIR’ BAGI MENYOKONG KEMUDAHAN KESIHATAN BERTARAF ANTARABANGSA YANG TERDAPAT DI PUSAT BANDARAYA

DASAR SUBJEK
DS 3-16
MENUBUHKAN TAMAN NEGERI DI KAWASAN KUALA LINGGI DAN TANJUNG TUAN BAGI MEMELIHARA EKOSISTEM SENSITIF SERTA MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN PRODUK EKO-PELANCONGAN YANG MAMPAN

DASAR SUBJEK
DS 3-17
MENYUSUN SEMULA DAN MENINGKATKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR PUSAT-PUSAT MAKANAN BERIDENTITIKAN MELAKA TERUTAMANYA IKAN BAKAR DAN ASAM PEDAS DI SEPANJANG PESISIRAN PANTAI DARI UMBAI KE SERKAM PANTAI


DASAR UMUM
DU 4
MENGALIHKAN PENUMPUAN EKONOMI BERASASKAN PENGELUARAN (P-EKONOMI) KEPADA EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN (K-EKONOMI) MENJELANG 2010
Perubahan teknologi serta keperluan berdaya saing telah mempertingkatkan keperluan pekerja mahir. Elemen penting dalam k-ekonomi iaitu modal manusia (human capital) dan modal intelek sebagai faktor utama yang mendorong kuasa ekonomi.

DASAR SUBJEK
DS 4-1
MEMPERLUAS DAN MENINGKATKAN SEKTOR PERKHIDMATAN MELALUI GALAKAN PEMBANGUNAN AKTIVITI-AKTIVITI INDUSTRI TEKNOLOGI MAKLUMAT, R & D, INDUSTRI PENGIKLANAN DAN PENERBITAN, PEMBANGUNAN PERISIAN DAN KHIDMAT RUNDINGAN DAN LATIHAN

DASAR SUBJEK
DS 4-2
MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) YANG MERANGKUMI KETIGA-TIGA DAERAH DI NEGERI MELAKA DAN MENGGALAKKAN PENGGUNAANNYA DALAM SEMUA SEKTOR EKONOMI DITERAJUI OLEH PIHAK KERAJAAN


DASAR UMUM
DU 5
MEMPERKENAL DAN MEMPROMOSIKAN SEKTOR PENDIDIKAN SEBAGAI SEKTOR SOKONGAN UTAMA KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI
Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri, dasar ini bertujuan untuk memperkenal dan mempelbagaikan asas ekonomi negeri supaya lebih berdaya saing

DASAR SUBJEK
DS 5-1
MENGAWAL DAN MERANCANG PEMBANGUNAN PERUMAHAN, PERNIAGAAN DAN REKREASI DI KAWASAN SEKITAR KAMPUS-KAMPUS INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA ’UNIVERSITY TOWNSHIP’ YANG TERANCANG


DASAR UMUM
DU 6
MEMAKSIMUMKAN PRODUKTIVITI SEKTOR PERTANIAN DENGAN MENUMPUKAN KEPADA AKTIVITI BERDAYA MAJU SEJAJAR DENGAN MATLAMAT/ DASAR NEGERI MELAKA.
Mempertingkatkan dan memodenkan sektor pertanian supaya sesuatu kawasan pertanian dapat memberikan pulangan yang maksimum, produktiviti petani/pekerja juga dipertingkatkan ke tahap maksimum. Ini boleh berlaku hanya dengan menjalankan aktiviti pertanian yang memberikan pulangan semaksimum yang boleh dan meninggalkan aktiviti pertanian yang memberikan pulangan rendah selaras dengan Dasar Pertanian Negara.

DASAR SUBJEK
DS 6-1
MENGGALAKKAN PERTUKARAN GUNA TANAH KAWASAN PERTANIAN YANG KURANG BERDAYA MAJU SEPERTI KAWASAN TANAMAN GETAH DAN TANAH PERTANIAN KELAS 4 DAN 5 KEPADA GUNA TANAH YANG LEBIH PRODUKTIF IAITU PERUMAHAN DAN PERINDUSTRIAN

DASAR SUBJEK
DS 6-2
MEMAKSIMUMKAN PRODUKTIVITI TANAMAN PERTANIAN DAN HOLTIKULTUR MELALUI PENUKARAN JENIS TANAMAN YANG KURANG BERDAYA MAJU SEPERTI GETAH DAN KOKO KEPADA JENIS TANAMAN YANG PRODUKTIF UMPAMANYA KELAPA SAWIT, BUAH-BUAHAN DAN FLORIKULTUR (BUNGA).

DASAR SUBJEK
DS 6-3
MEMPERTINGKATKAN KECEKAPAN SISTEM PEMASARAN BAGI SEKTOR PEKEBUN KECIL

DASAR SUBJEK
DS 6-4
MEMAKSIMUMKAN PRODUKTIVITI PERTANIAN DENGAN MEMBERI KEUTAMAAN DAN BANTUAN KEPADA PENTERNAK AYAM SECARA KOMERSIL SERTA MENGGALAKKAN TERNAKAN KAMBING, BEBIRI DAN LEMBU DI DALAM KAWASAN PERTANIAN.

DASAR SUBJEK
DS 6-5
MEMAKSIMUMKAN PRODUKTIVITI PERIKANAN MELALUI TERNAKAN IKAN, UDANG DAN KUPANG SECARA AKUAKULTUR, PEMELIHARAAN KAWASAN PEMBIAKAN IKAN DI LAUT DAN HUTAN BAKAU SERTA PENUMPUAN KEPADA BIDANG IKAN HIASAN

DASAR SUBJEK
DS 6-6
MENINGKATKAN KECEKAPAN PEMASARAN HASIL PERTANIAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA DAN NASIONAL MELALUI PENUBUHAN KONSORTIUM YANG DIANGGOTAI OLEH SEKTOR AWAM DAN SEKTOR SWASTA

DASAR SUBJEK
DS 6-7
MEMPERTINGKATKAN PERANAN PELANCONGAN AGRO SEBAGAI AKTIVITI NILAI TAMBAH DENGAN MEMBERI SOKONGAN KEWANGAN DAN TEKNIKAL KEPADA LADANG, DUSUN DAN KAMPUNG YANG MENCEBURI BIDANG PELANCONGAN AGRO TERUTAMA DI DAERAH JASIN DAN DAERAH ALOR GAJAH

DASAR SUBJEK
DS 6-8
MEMBANGUNKAN INDUSTRI BUNGA (FLORIKULTUR) DAN IKAN HIASAN TROPIKA SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA JENIS PERTANIAN TRADISIONAL

DASAR SUBJEK
DS 6-9
MEMBANGUNKAN INDUSTRI HILIRAN SUPAYA DAPAT MEMAKSIMUMKAN PRODUKTIVITI SUMBER TANAH NEGERI YANG TERHAD


DASAR UMUM
DU 7
MEMBANGUN DAN MENINGKATKAN TAHAP EKONOMI DESA BAGI MENGURANGKAN JURANG PERBEZAAN DI ANTARA SEKTOR BANDAR DAN DESA
Pembangunan ekonomi desa berdaya maju melalui penyediaan infrastruktur dan utiliti terkini serta ilmu pengetahuan dapat mengoptimakan pendapatan usahawan desa.

DASAR SUBJEK
DS 7-1
MEWUJUDKAN KAWASAN PEMBANGUNAN EKONOMI DESA YANG BERDAYA MAJU DAN MAMPAN

DASAR SUBJEK
DS 7-2
MENINGKATKAN PENDAPATAN USAHAWAN DESA MELALUI AKTIVITI BERSEPADU KE ARAH PENINGKATAN ILMU PENGETAHUAN PEMASARAN DAN PROMOSI

DASAR SUBJEK
DS 7-3
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN, UTILITI, TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DAN KEMUDAHAN SOSIAL YANG EFISIEN SERTA BERKESAN PADA TAHAP OPTIMUM UNTUK PEMBANGUNAN EKONOMI, MASYARAKAT DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PIAWAIAN DAN KEPERLUAN DESA YANG MESRA ALAM


DASAR UMUM
DU 8
MEMBANGUNKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG EFISIEN SEBAGAI PEMANGKIN PEMBANGUNAN EKONOMI YANG BERDAYA SAING TERUTAMA DALAM SEKTOR INDUSTRI DAN PELANCONGAN
Peranan infrastruktur antara wilayah dalam pembangunan industri dan pelancongan yang berdaya saing perlu diberi penekanan oleh Kerajaan Negeri sebagai ’alat’ pemangkin kepada kedua-dua sektor ini untuk berkembang dengan jayanya. Ini termasuklah dari segi penyediaan tahap kemudahsampaian yang tinggi serta kemudahan-kemudahan sokongan berkaitan dengan pengangkutan.

DASAR SUBJEK
DS 8-1
MEMPERKUKUHKAN PERANAN PELABUHAN TG. BERUAS SEBAGAI ‘FEEDER PORT’ YANG EFISIEN

DASAR  SUBJEK
DS 8-2
MEMBANGUNKAN MARINA DAN JETI PELANCONG DI PULAU MELAKA SEBAGAI PINTU MASUK UTAMA PELANCONG DARI LALUAN LAUT

DS 8-3
MEMPERTINGKATKAN DAN MENYUSUN SEMULA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI PELABUHAN ‘BARTER TRADE’ DI SUNGAI RAMBAI DAN KUALA LINGGI BAGI MEMAKSIMUMKAN POTENSI DARI KESAN LIMPAHAN PEMBANGUNANNYA



Share on Google Plus

About rancangan pemajuan ppzs

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment