Cadangan Perindustrian di Tampin, Negeri Sembilan sehingga 2020

Negeri Sembilan merupakan antara empat (4) negeri yang mempunyai sumbangan Keluaran Negara Kasar yang rendah selain Melaka, Kelantan dan Perlis1.

Di peringkat negeri berdasarkan penawaran stok perindustrian sedia ada, Daerah Tampin menyumbang 4.78% daripada keseluruhan 4,539 unit industri. Ini sekali gus meletakkan Tampin sebagai penyumbang unit perindustrian yang ketiga terbesar selepas Seremban dan Jempol. Tampin dianggarkan menyumbang 9.2% kepada KDNK Negeri Sembilan dengan 39.6% disumbangkan oleh sektor perindustrian1.

Berdasarkan unjuran industri (rujuk Jadual 4.1.2.1), sehingga tahun 2020, Daerah Tampin mempunyai lebihan kawasan perindustrian berjumlah 130.55 hektar. Anggaran lebihan tanah industri yang dibuat telah mengambil kira kawasan perindustrian kosong berjumlah 31.53 hektar, komited perindustrian berjumlah 133.80 hektar selain tren pembangunan semasa iaitu berdasarkan unjuran pertumbuhan penduduk, kadar pertumbuhan dan senario ekonomi semasa.

Jadual 4.1.2.1: Anggaran Unjuran Kawasan Industri Daerah Tampin Sehingga 2020

Perkara
Jumlah

a) Luas industri semasa (2008)
203.09
b) Luas industri diunjurkan (2020)
237.87
c) Keperluan tambahan tanah industri berbanding
keperluan diunjurkan pada 2020
34.78

d) Luas industri kosong
31.53
e) Luas industri komited
133.80
Status keperluan bersih kawasan industri [c-
(d+e)]
(-130.55)


Sumber : Kajian RTD Tampin, 2020



Share on Google Plus

About rancangan pemajuan ppzs

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment